Hukuman sebatan itu bukan suatu penganiayaan tetapi lebih kepada pengajaran atau didikan supaya umat Islam dapat menjaga batasan sebagaimana yang Islam gariskan.

Umat Islam yang mengaku dirinya Islam yang telah melafazkan dua kalimah syahadah tidak perlu memberikan komen yang negatif atau berburuk sangka dengan hukuman itu.

Ia adalah hukum yang dituntut Islam walaupun tidak dilakukan sepenuhnya mengikut hukum agama. Namun ia sebagai pengenalan atau permulaan untuk kita fahami tuntutan agama.

Hanya melalui perundangan Islam sahaja jenayah atau kesalahan membabitkan penzinaan dan yang paling keji sekali perlakuan sumbang mahram, homoseksual dan lesbian ini dapat dibanteras.

Sekurang-kurangnya hukuman ini dapat kurangkan perlakuan yang menjijikkan dan tidak bermoral.

Dicadangkan supaya negeri-negeri lain dapat mengikut jejak Mahkamah Syariah Terengganu.

Jika ia menampakkan kesan positif dan mendatangkan kebaikan diharap ia akan dijadikan suatu undang-undang syariah untuk dilaksanakan khususnya untuk umat Islam di negara ini.

HAMBA ALLAH

Negeri Sembilan