Tahniah kepada anggota Balai Polis Jinjang dan Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul yang bertindak pantas bertujuan menjaga ketenteraman awam. Lelaki berkenaan perlu diheret ke mahkamah supaya jadi pengajaran kepada semua sekiranya terdapat cukup bukti.

Tindakan pantas pihak polis juga berjaya menghindarkan semua pihak daripada terlibat dengan sebarang perselisihan dan ketegangan kaum. Kawasan perumahan awam tidak boleh dikuasai oleh samseng seolah-olah negara ini tiada undang-undang.

Hakikatnya, masalah jenayah dan dadah begitu menghantui kawasan PPR di ibu negara termasuk di Taman Beringin. Sekali lagi tahniah kepada polis.

GURU RAKYAT

Taman Beringin, Jinjang Utara