Sikap amanah dinilai dengan janji sedangkan perkataan ‘janji’ itu sendiri seperti amat ditakuti pemimpin PPBM. Apabila Pengerusi PPBM sendiri mengakui janji pilihan raya dibuat dengan anggapan Pakatan Harapan (PH) tidak akan memenangi pilihan raya umum (PRU) lalu, maka apa lagi boleh diukur pada nilai amanah janji itu? Ahli Parlimen Simpang Renggam yang juga Menteri Pendidikan terus diburu rakyat dek janji tol percuma yang lantang dilontarkan kepada rakyat dalam kempen PRU lalu.

Mereka kini berkuasa, bahkan dengan jawatan-jawatan utama tetapi kekal memilih untuk tidak beramanah pada janji.

Di mana pula maruah PPBM sehingga sanggup mengutip Ahli Parlimen UMNO yang melompat parti?

Walaupun sebelum ini Pengerusinya mendakwa tidak akan menerima keahlian bekas pemimpin UMNO, seperti tidak beramanah pada janji, PPBM kini bukan sahaja menerima mereka yang melompat parti bahkan wujud usaha pujukan besar-besaran PPBM mahu ‘merebut’ Ahli Parlimen UMNO. Apakah tindakan ini bermaruah?

PENGEMIS SOH

Bangsar, Kuala Lumpur