Pada mulanya, saya ditempatkan di wad kecemasan. Selepas itu saya telah dipindahkan ke wad zon merah hingga ke petang sebelum dipindahkan ke wad 10C.

Lewat tengah malam, saya telah dipindahkan ke wad rawatan rapi (ICU) atas sebab keadaan tidak stabil. Salepas dua hari di ICU, saya dipindahkan kembali ke wad 10C sebelum dipindahkan ke wad 10A.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sekalung tahniah dan syabas serta terima kasih tidak terhingga kepada seluruh kakitangan perubatan Hospital Selayang khususnya para doktor dan jururawat yang begitu komited membantu saya dengan penuh sopan santun dan berhemah.

Saya amat bangga dengan layanan dan khidmat bakti kalian. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Allahhuakhbar.

ROZAINI ISMAIL

Kuala Lumpur