Masuk alam pekerjaan, saya lihat rakan-rakan sekerja meredah hujan dan panas menaiki motosikal buruk, bas atau bersesak menaiki komuter.

Dalam usia menghampiri warga emas, saya perhatikan begitu ramai anak muda mengeluh ‘hidup susah’ dalam media sosial.

Kisah kesusahan hidup mereka dikongsi menggunakan telefon canggih, dihubungkan pelan internet paling mahal sebelum disusuli gambar melepak di kedai hipster sambil minum air sirap berharga RM7 dan kek RM13 bersama rakan-rakan.

Kadangkala ada yang berkongsi gambar dengan kereta baharu dihadiahkan ibu bapa, melancong di luar negara, hadiah hari jadi dan makan mewah bersama pasangan ‘til Jannah’ tetapi tetap dengan ayat ‘hidup susah’.

Orang kata jika disebut 40 kali doa akan makbul. Semoga mereka dikurniakan ‘hidup susah’ sebenar supaya dapat bezakan antara ‘langit dan bumi’.

TUA RENGSA

Rawang, Selangor