Seperti yang dijelaskan oleh kedua-dua jabatan itu, bukan dasar rasmi pihaknya untuk melantik warganegara asing sebagai imam dan bilal kecuali kes terpencil melibatkan pengurusan masjid yang membuat keputusan sendiri tanpa kelulusan jabatan terbabit.

Cuma saya berharap amalan sesetengah negeri melantik individu berstatus pemastautin tetap (PR) yang mempunyai kad pengenalan merah sebagai imam gantian atau pembantu bilal dihentikan.

Bagi saya mereka yang berstatus PR, tetap warga asing. Mereka juga tidak layak mendaftar sebagai pengundi dan tidak secara automatik menjadi warganegara.

HAJI JAMAL

Kuala Lumpur