Namun, gaji antara RM8,000 hingga RM16,000 setiap seorang itu jumlah terlalu kecil jika dibandingkan hutang yang didakwa Menteri Kewangan kini mencecah RM1 trilion.

Adalah lebih baik jika semua wakil rakyat tidak kira dari Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Pas mahupun Bebas mendermakan gaji mereka kepada tabung hutang negara.

Jika boleh, dermakan sahaja gaji sepanjang tempoh perkhidmatan selama lima tahun tetapi jika tidak mampu, sekurang-kurangnya gaji untuk 12 bulan pertama menjadi ADUN dan Ahli Parlimen.

Tindakan sebegitu baru dapat menunjukkan ahli politik terbabit benar-benar berjuang demi rakyat dan negara. Sejujurnya, rakyat juga tahu bahawa Kor Ming serta kebanyakan wakil rakyat sebenarnya adalah jutawan dan nilai gaji wakil rakyat itu langsung tidak menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Rakyat akan memerhati sama ada semakin ramai wakil rakyat turut serta atau perkara ini kekal sebagai gimik politik semata-mata.

USOP SPANAR

Trong, Perak