Sememangnya SPR perlu memastikan rakyat Malaysia selesa ke pusat pengundian dan tidak diganggu oleh peraih undi.

Dalam konteks ini, perlu ditambah bilangan anggota penguat kuasa SPR di semua pusat pembuangan undi bagi memastikan peraih undi tidak berada terlalu hampir dengan pengundi atau mengganggu rakyat Malaysia untuk keluar mengundi.

Sebenarnya, masa yang diperuntukkan dari 28 April sehingga 8 Mei 2018 sudah mencukupi untuk peraih undi mempromosikan calon masing-masing.

Saya amat berharap SPR mengadakan pemantauan ketat dan menguatkuasakan apa sahaja peraturan yang ada agar peraih undi tidak mengganggu emosi pengundi.

Semua pihak seharusnya menghormati poster yang telah digunakan oleh SPR semenjak sekian lama yang memaparkan seorang lelaki dengan isyarat tangan menunjukkan tanda diam.

 

PENGUNDI CELIK

Putrajaya