Tindakan sedemikian bukan sahaja tidak memuliakan darjah kebesaran diterima, malah boleh dianggap memperlekeh dan menghina institusi raja berperlembagaan.

Justeru, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu setiap calon penerima darjah kebesaran Sultan Pahang perlu disaring ketat terlebih dahulu adalah amat wajar bagi menangani masalah tersebut.

Kelak, individu terbabit harus melepasi saringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sebagai prosedur operasi standard (SOP) baharu sebelum layak diberi darjah kebesaran Sultan Pahang.

Malah rakyat juga mengalu-alukan kajian yang bakal dilakukan agar semua penganugerahan itu akan gugur secara automatik jika penerima darjah kebesaran melanggar undang-undang negara. Hal sebegini harus ditangani segera agar institusi raja berperlembagaan tidak dicemari sesuka hati oleh segelintir masyarakat.

OUI BIN SAL

Tanah Merah, Kelantan