Dasar berkenaan wajar diteliti dan dikemas kini selaras dengan cabaran semasa dan komitmen antarabangsa yang perlu dipenuhi oleh kerajaan Malaysia.

Antara komitmen itu adalah untuk mengekalkan 50 peratus daripada 33 juta hektar tanah di negara ini di bawah liputan hutan.

Ini bermakna, keluasan litupan hutan semula jadi negara akan dikekalkan pada keluasan 16.5 juta hektar. Keluasan itu turut melibatkan kawasan yang dikelaskan sebagai hutan pengeluaran yang dilaksanakan aktiviti pembalakan mengikut sistem pengurusan hutan lestari.

Bagaimanapun, perlu disedari bahawa NFP 1992 tidak menyentuh langsung mengenai komitmen terbabit. Oleh itu, sudah sampai masanya komitmen berkenaan dimasukkan dalam NFP terbaharu.

S.M. MOHAMED IDRIS

Presiden SAM