Ini kerana semakin ramai rakyat sekarang yang lebih gemar membaca berita terkini melalui media sosial dan portal berita bebas.

Tanpa adanya pengawasan secara khusus dan ketiadaan etika kewartawanan, berita palsu mudah disebarkan dengan hanya menekan satu klik.

Berita yang tidak sepatutnya disebarkan telah menjadi tular dan lebih teruk lagi ada kalanya memberi kesan kepada keharmonian negara dan keselamatan rakyat.

Saya menyeru semua pihak supaya memanfaatkan sepenuhnya portal baharu berkenaan. Jika ada berita yang diragui kesahihannya, ada baiknya kita periksa dahulu dalam portal tersebut.

Saya harap SKMM terus mempergiatkan promosi kerana saya dapati tidak ramai yang sedar akan kewujudan portal yang amat berguna ini.

Penularan berita palsu adalah satu masalah yang bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga di serata dunia.

HAJI KAMAL

Sungai Buloh, Selangor