Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sokong penuh naikkan hukuman

SAUDARA PENGARANG,

SAYA menyokong penuh saranan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali seperti dilaporkan Utusan Malaysia pada 17 Februari lalu yang mahu mengkaji semula undang-undang lapuk yang digunakan sejak negara ini belum merdeka.

Contoh mudah ialah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang masih mengenakan denda RM100.

Bukan denda itu sahaja, denda kesalahan jalan raya RM300 juga sudah tidak relevan kerana rata-rata pesalah mengulangi kesalahan sama kerana mampu membayarnya.

Saya harap Peguam Negara menimbangkan saranan beberapa pembaca ruangan Forum Utusan Malaysia sebelum ini untuk menetapkan saman jalan raya mengikut nilai kenderaan sementara saman RM300 sebagai kadar minimum.

Jika bawa kereta Ferrari, Lamborghini mahupun BMW dan Mercedes terkini, kenakan saman antara satu hingga lima peratus nilai kenderaan itu, barulah ada impak kepada poket mereka.

Bayangkan sekali saman sudah RM10,000 (ikut nilai kenderaan), 10 kali saman sudah RM100,000 dan pasti mereka lebih menjaga tertib di jalan raya khususnya mengelak memandu melebihi had laju atau memandu secara berbahaya.

Baru-baru ini juga seorang jutawan kosmetik dikenakan denda belasan ribu ringgit kerana didapati menipu pengguna, sungguh mengarut kadar denda itu umpama belanja makan tengah hari sahaja bagi jutawan tersebut.

Penipuan terhadap pengguna ini sangat serius dan tidak sepatutnya denda rendah daripada RM100,000 atau lebih baik jika dikenakan hukuman penjara terus sekurang-kurangnya satu bulan sebagai pengajaran.

Saya harap pihak Pejabat Peguam Negara juga menimbang penggunaan perkataan dalam pindaan akta-akta berkaitan supaya tidak memerlukan pindaan berulang kali pada masa hadapan khususnya berkaitan jumlah denda dan hukuman maksimum.

Tetapkan terus denda dan hukuman perlu dinilai semula secara berkala contohnya setiap 10 tahun atau dinaikkan secara automatik contohnya naikkan denda maksimum dua kali ganda setiap 10 tahun sementara hukuman penjara maksimum ditambah lagi lima tahun dalam tempoh sama.

Menyampah saya melihat pesalah berulang kali dikenakan denda ringan atau hukuman penjara singkat walaupun kesalahannya itu berat kerana peruntukan maksimum akta sudah lapuk.

Saya juga menyokong pindaan memasukkan kerja khidmat masyarakat sebagai denda paling ringan untuk kes-kes kesalahan kecil atau kesalahan ringan kali pertama khususnya di kalangan anak muda.

Diharap pindaan peruntukan denda dan hukuman akta-akta akan mengubah trend pesalah yang kini sudah tidak takut kepada penguatkuasa mahupun undang-undang negara.

PEMANDU SKEMA

Sentul, Kuala Lumpur

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain