Penggubalan rang undang-undang itu sudah tentu dapat membantu pelbagai pihak yang menjadi mangsa fitnah ‘wira’ papan kekunci.

Saya berharap dengan adanya rang undang-undang baharu ini, tidak berlaku lagi penyebaran berita palsu kononnya tokoh atau selebriti tertentu telah meninggal dunia sedangkan mereka masih hidup.

Penyebaran berita palsu itu telah menganiaya individu berkenaan yang sudah tentu terpaksa membuat penafian dan menjelaskan hakikat sebenar kepada saudara-mara dan rakan-rakan.

Semua rakyat perlu memberi sokongan terhadap pembentangan rang undang-undang ini yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

OUI BIN SAL

Tanah Merah, Kelantan