Buat masa ini terdapat sejumlah kecil syarikat tempatan yang terlibat dan Labuan Food Industries Sdn. Bhd. antaranya.

Biarpun mempunyai 150 pekerja dan memiliki 12 bot nelayan sendiri namun syarikat beroperasi sejak 1996 itu hanya mampu membekalkan sebanyak 25 hingga 40 metrik tan ikan sehari sedangkan permintaan pasaran memerlukan seku­rang-kurangnya 151,000 metrik tan ikan sebulan.

Bagi memenuhi keperluan, Labuan Food Industries merancang untuk meningkatkan pengeluaran sekurang-kurangnya kepada 125 metrik tan ikan sehari. Untuk itu, syarikat memerlukan modal pinjaman sebanyak RM70 juta bagi menambah mesin, bot dan menaiktaraf prasarana di kilang mereka. Difahamkan, sejumlah RM20 juta sudah dilaburkan bagi tujuan itu.

Sebagai pengguna, penulis berharap pihak kerajaan dapat menyokong syarikat-syarikat terlibat dalam industri ikan segar beku untuk mengukuhkan operasi mereka yang ternyata mampu membantu kerajaan dan rakyat bagi mendapatkan ikan dengan harga jauh lebih murah tetapi masih segar pada harga siling RM10 sekilogram.

SYED ROSLI 
JAMALULLAIL

Pengerusi Pertubuhan 
Penggerak Nadi Rakyat