Jika arahan ini tidak dipatuhi dalam tempoh tiga bulan seperti yang ditetapkan, saya harap kerajaan rampas rumah PPR tersebut dan berikan kepada ramai lagi yang masih menunggu dalam senarai nama yang semakin panjang.

Perhatikan juga projek perumahan kerajaan lain supaya tidak dibanjiri warga asing, lebih-lebih lagi jika sudah ditetapkan syarat hanya untuk didiami pemilik dan bukannya untuk disewa.

Langkah ini bukan sahaja demi keadilan kepada yang benar-benar memerlukan bantuan perumahan kerajaan malah menyelesaikan isu sosial dan keselamatan memandangkan warga asing biasanya menyewa beramai-ramai sehingga penuh sebuah rumah.

ADIK MANJA

Taman Sri Andalas, Selangor