Rencana itu telah membuat beberapa dakwaan yang tidak berasas mengenai masyarakat Melayu Singapura.

Setiap warganegara Singapura tidak kira bangsa mempunyai peluang yang sama, dan dasar-dasar kami telah digubal dan disesuaikan mengikut prinsip itu.

Masyarakat Melayu Singapura menjadi satu bahagian besar negara kami sejak Singapura ditubuhkan. Mereka telah mencapai kemajuan sosial dan ekonomi yang ketara dalam masyarakat adil dan meritokratik di Singapura.

Kami berbangga dengan pencapaian mereka dan akan bekerja untuk mencapai kemajuan yang lebih kukuh bersama-sama.

Singapura dengan tegas melarang sebarang percubaan, di dalam atau dari luar negara, untuk menggunakan isu bangsa atau agama bagi mencetuskan suasana tidak harmoni di antara kaum-kaum di Singapura. Kami juga tiada niat untuk terlibat dalam politik dalaman di Malaysia.

ZHIPING LIN

Pegawai Akhbar Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura