Penjaja dan peniaga kecil Melayu masih memerlukan bimbingan dan dorongan untuk maju dalam arus ekonomi yang sungguh pesat dewasa ini.

Kerajaan pilihan rakyat ini diingatkan supaya tidak mengabaikan mana-mana golongan ketika senang atau susah.

Mari kita imbas kembali pakej Strategi Baru Ekonomi yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi sinar baharu kepada golongan penjaja, peniaga dan pengusaha kecil.

Kerajaan ketika itu merangsang dan menggesa pelbagai pihak menyumbang usaha serta bersama-sama mendukung cita-cita dan matlamat kerajaan untuk membantu masyarakat penjaja dan peniaga.

Langkah pelaksanaan menerusi pembangunan modal insan, masyarakat serta peningkatan industri, ekonomi dan taraf ekonomi orang Melayu di samping menghidupkan sektor kecil mendapat akses yang sama kepada sumber pembiayaan seperti skim pinjaman cepat, mudah dan tidak membebankan.Strategi menghidupkan sektor kecil ini berpotensi memberi satu juta peluang pekerjaan dengan kadar gaji RM800 hingga RM1,200 sebulan.

 

JAMALUDIN ABU BAKAR

Bekas Ketua Penerangan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Johor