Tujuannya adalah untuk mendapatkan makluman dan penerangan berhubung prosedur pengambilan anak angkat berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Kaedah ini juga adalah bagi memudahkan penjaga membuat pendaftaran pengangkatan di Jabatan Pendaftaran Negara berdasarkan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.

Kegagalan membuat makluman untuk tempoh masa yang dinyatakan dalam Akta Kanak-Kanak 2001 akan memberi kesan terhadap penjagaan anak angkat terutama daripada aspek pendidikan dan kebajikan kanak-kanak berkenaan.

Kerjasama dan keprihatinan masyarakat terutama penjaga terbabit amatlah diharapkan agar kita dapat bersama-sama menjaga kepentingan masa depan kanak-kanak yang sememangnya memerlukan pembelaan sewajarnya daripada semua pihak.

RAJA NORUL FAZILLA RAJA HALIM

Puchong, Selangor