Salah seorang anak saudara isteri memaklumkan telah menerima sebuah rumah bantuan kerajaan yang dibina pada kos RM20,000 di atas tanah kepunyaan bapanya.

Berdasarkan pengamatan, saya berasakan seperti ada yang tak kena iaitu selain rumah dibina nilainya tidak sepadan, pemohon (anak saudara) juga perlu menanggung kos kemasukan bekalan api dan air dengan kedua-duanya tidak seperti mana dijanjikan sebelum ini.

Saya amat berharap agar isu diketengahkan ini dapat diberi perhatian sewajarnya oleh wakil rakyat di kawasan berkenaan untuk melihat sekiranya ada berlaku penyelewengan oleh pihak tertentu.

MALIK KASIM

Kepala Batas