Namun ada perkara yang perlu kita perlu ambil perhatian dalam berkomunikasi melalui media sosial. Seringkali kita menerima maklumat atau pelbagai bahan bacaan yang dimajukan oleh rakan-rakan dalam kumpulan media sosial.

Oleh itu, ramai dalam kalangan kita cenderung untuk berkongsi maklumat tanpa meneliti kebenarannya terlebih dahulu. Keseronokan mendapat maklumat terkini yang masih lagi ‘panas’ menjadikan kita lupa tentang beberapa perkara penting dalam adab berkomunikasi melalui media sosial.

Antara paling penting ialah tentang tular. Berkaitan dengan perbuatan tersebut adalah diharapkan setiap maklumat yang diterima dalam kumpulan media sosial harus disiasat tentang kesahihannya.

Apa yang akan terjadi sekiranya maklumat yang dipanjangkan adalah tidak sahih ataupun telah lama berlalu? Sudah pasti, perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini akan mengundang masalah apatah lagi jika didapati maklumat tersebut adalah fitnah dan palsu.

Justeru, kita perlu bertindak bijak dalam menapis segala maklumat yang diterima. Semak dahulu dengan pelbagai sumber tentang kesahihan sesuatu berita sebelum dipanjangkan kepada mana-mana pihak. Malahan maklumat dalam bentuk gambar juga perlu kita ambil kira sewajarnya. Tolong jaga hak privasi individu. Fikir dulu sebelum tular.

DR. SITI MISTIMA MAAT

Kajang, Selangor