Program ilmu dengan kepelbagaian pendapat yang menampilkan tokoh-tokoh berkaliber daripada kalangan pemerhati dan penganalisis bebas serta pensyarah dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan itu mendapat reaksi spontan penonton di rumah menjadikan program yang mengupas isu-isu berat dan kompleks lebih menarik. Malangnya, program telah ditamatkan sekitar awal 2017.

Difahamkan, program tidak diteruskan kerana ada tetamu undangan gagal mengawal emosi setelah diprovokasi penonton yang membuat panggilan kerana berbeza pendapat. Jika itu sebabnya, ia tidak wajar.

Diharapkan pihak RTM dapat menyiarkan semula program tersebut.

PENGEMIS SOH

Bangsar, Kuala Lumpur