Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Serius kuat kuasa peraturan

SUDAH tiba masanya penguatkuasaan kawasan larangan merokok dilakukan
SUDAH tiba masanya penguatkuasaan kawasan larangan merokok dilakukan secara serius. GAMBAR HIASAN/UTUSAN

ANDA sedang makan di gerai terbuka, tiba-tiba orang di meja sebelah menghembus asap rokok berkepul-kepul lagak naga. Agak-agak apa yang anda lakukan? Nak tegur? Takut pula yang ditegur itu orangnya baran dan kaki pukul. Tak ditegur, kitalah yang merana. Tak begitu?

Dilema sedemikian pasti banyak berlaku dalam kalangan bukan perokok di negara ini. Bukan takut tetapi tak kuasa nak cetus pergaduhan. Maklumlah, rakyat Malaysia ini pantang ditegur. Mungkin inilah hasilnya berkiblatkan undang-undang hak asasi manusia.

Bercakap mengenai hak asasi manusia, bagaimana pula hak si bukan perokok? Hak mereka untuk ‘menghirup udara segar’ terutama bagi kanak-kanak dan wanita mengandung juga harus dihormati, justeru di manakah keadilan untuk mereka?

Justeru, apabila ada pengumuman bahawa zon larangan merokok sudah diperluaskan di semua kawasan terbuka, kecuali tempat letak kereta terbuka mulai 1 Februari 2017, ia umpama berita rahmat buat masyarakat di negara ini.

Masakan tidak, selepas itu, semua hentian pengangkutan awam tidak berhawa dingin, stadium terbuka, taman awam dan taman negara diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.

Senarai Kawasan Larangan Merokok yang telah diwartakan oleh kerajaan di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 telah pun dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan melibatkan beberapa tempat tumpuan pelancong termasuk pusat beli-belah, lapangan terbang dan pusat hiburan.

Penambahan tersebut yang kini menjadikan lebih 20 kawasan awam disenaraikan zon larangan merokok itu bertujuan melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok atau produk merokok lain.

Tindakan itu adalah selaras Artikel 8 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dianggotai Malaysia sejak 2005.

Sementara itu, pewartaan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan 2017 melibatkan taman awam di seluruh negara, taman negara yang diwartakan di bawah Akta Taman Negara 1980, Enakmen Taman Negara Kelantan, Enakmen Taman Negara Pahang atau Enakmen Taman Negara Terengganu serta taman negeri seperti dalam jadual 9 peraturan tersebut.

Bagi taman negara dan taman negeri pula, tiga tempat utama yang menjadi tumpuan orang awam menjadi kawasan larangan merokok iaitu menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan jarak lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi.

Memperbanyakkan zon larangan merokok adalah salah satu langkah yang diharapkan dapat membudayakan amalan tidak merokok serta mewujudkan persepsi bahawa perbuatan merokok adalah sesuatu perbuatan yang tidak normal.

Saya juga ingin menarik perhatian kebimbangan penulis SELAK Utusan Malaysia tentang sejauh mana larangan terbaharu itu dipatuhi sedangkan masih ramai perokok ingkar peraturan sedia ada sebelum ini.

Kebimbangan itu disokong fakta bahawa masih ada rakyat tempatan dan warga asing kelihatan merokok di tempat awam termasuk di kawasan Rehat dan Rawat (R&R). Ada kalangan perokok mendakwa tidak maklum mengenai peraturan itu, ada yang maklum tetapi tetap juga merokok dengan alasan ramai yang merokok kerana tidak apa papan tanda di kawasan yang diwartakan larangan merokok.

Dalam hal sedemikian siapa yang harus dipersalahkan? 
Benar seperti apa yang dinyatakan penulis SELAK, sekadar mewartakan kawasan baharu tidak memadai tanpa tindakan susulan. Kaedah penguatkuasaan perlu dilihat semula.

Mengenali rakyat Malaysia, sekadar memberi amaran memang tidak akan membawa apa-apa kesan. Kita sepatutnya mencontohi Singapura yang serius melaksanakan sebarang penguatkuasaan undang-undang.

Buat apa diadakan undang-undang jika tidak menguatkuasakannya. Apakah undang-undang sekadar ‘hiasan’? Malaysia jika mahu setanding negara maju, rakyatnya perlu juga maju dari segi pemikiran. Jangan pula ikut undang-undang rimba, semua benda dilarang pun mahu diredah!

Buat perokok, tolonglah buka mata sikit bahawa perbuatan selfish mereka itu bukan sahaja boleh memberi kesan terhadap kesihatan diri, tetapi orang lain termasuk menjejaskan zuriat. Saya sendiri pernah merana batuk teruk setiap 
bulan sepanjang tempoh tujuh tahun disebabkan paru-paru tercemar akibat asap rokok 
yang dihembus rakan sekeliling yang merokok.

Siti cincin

Klebang, Melaka

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain