Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Semangat kejiranan semakin luntur

WALAUPUN jarak rumah semakin dekat, hubungan antara tetangga semakin
WALAUPUN jarak rumah semakin dekat, hubungan antara tetangga semakin luntur sehingga tidak mengenali nama dan rupa jiran rumah sebelah. GAMBAR HIASAN

JIRAN ialah orang atau keluarga yang tinggal 40 buah rumah berhampiran dengan rumah kita sama ada di tepi, depan atau di belakang rumah kita.

Dalam era globalisasi yang semakin canggih, kita dapat melihat hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin kurang dititikberatkan.

Perkara ini berlaku disebabkan masyarakat sekarang hanya mengambil kisah hal masing-masing tanpa mengambil berat dan peduli tentang hubungan sesama jiran tetangga sehinggakan tidak mengenali siapa jiran mereka.

Pelbagai faktor punca kelunturan semangat kejiranan yang dapat kita lihat dalam masyarakat zaman ini termasuk impak daripada perkembangan teknologi canggih.

Penggunaan peralatan elektronik seperti telefon pintar, gajet, televisyen, permainan video dan komputer riba yang memberi kemudahan untuk kita bersembang di alam maya seperti dalam aplikasi Facebook, WhatsApp, Twitter dan sebagainya.

Ini menyebabkan kita merasakan tidak perlu untuk keluar dari rumah untuk berjumpa dan bergaul dengan jiran tetangga malah tidak menghiraukan apa yang berlaku di luar pagar rumah masing-masing.

Selain itu, budaya kunjung–mengunjungi dan mengenali jiran tetangga khususnya di musim perayaan juga semakin kurang diamalkan oleh masyarakat masa kini.

Gaya hidup masyarakat yang terlalu sibuk dengan urusan kerja turut menyumbang kepada perkara ini.

Ditambah kos sara hidup yang semakin tinggi, lebih banyak masa dihabiskan mencari pendapatan tambahan daripada menghabiskan masa bersama keluarga mahupun merapatkan hubungan jiran tetangga.

Pada hujung minggu pula, kebanyakan daripada kita lebih suka berehat di rumah atau keluar beriadah bersama ahli keluarga. Tanpa disedari, tanggungjawab sesama jiran tetangga diabaikan sepenuhnya.

Lebih memburukkan keadaan, sikap segelintir ibu bapa yang tidak mengizinkan anak-anak mereka keluar bergaul dengan anak-anak jiran merenggangkan lagi hubungan kejiranan untuk generasi muda.

Mereka lebih suka melihat anak-anak berada di dalam rumah bermain telefon pintar, menonton televisyen dan sebagainya sehinggakan anak-anak mereka tidak mengenali jiran walaupun bertembung di luar.

Islam sangat menitikberatkan hubungan persaudaraan antara jiran tetangga tidak kira sama ada jiran itu beragama Islam atau bukan Islam bagi mewujudkan kemesraan persaudaraan sesama manusia.

Jiran ialah orang yang akan membantu ketika kita menghadapi kesusahan. Kesimpulannya, jika masyarakat sentiasa mementingkan kehidupan sendiri sahaja dan mengabaikan sepenuhnya semangat kejiranan maka secara tidak langsung ni telah melemahkan perpaduan di negara ini.

Untuk mencapai taraf negara maju, masyarakat Malaysia perlu memupuk semangat kasih sayang dan mengambil berat sesama kita dalam membentuk sebuah masyarakat bersatu padu.

Tingkatkan pergaulan dan kenali jiran anda, bukannya ke tahap ‘jaga tepi kain orang’ tetapi sekurang-kurangnya mengenali nama dan rupa jiran sebelah rumah.

Hubungan kejiranan penduduk kampung sangat erat walaupun jarak antara rumah mereka agak jauh, tidak munasabah bagi penduduk kota yang hidup dalam komuniti yang padat langsung ‘tidak sempat’ mengenali jiran sendiri.

NURUL IDAYU MOHD. NOOR

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain