Bagi saya sesuatu yang dikesali dan menyedihkan ialah kenyataan atau komen beberapa ahli akademik sukan yang menggesa pihak kerajaan menyediakan platform ‘kemahiran’ yang lain sebagai alternatif untuk membantu mereka yang tidak berjaya sebagai pemain atau tidak berjaya menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi.

Pada pendapat saya, pelajaran dan sukan hendaklah seiring. Kedua-duanya adalah penting dan diperlukan memandangkan asas falsafahnya adalah ‘minda yang sihat, tubuh yang kuat’.

Kita diperlukan menjalani aktiviti sihat atau beriadah bagi memastikan tubuh badan sihat dan kuat bagi membolehkan minda serta otak berjalan lancar.

Dengan tubuh badan yang sihat dan minda yang kuat (insya-Allah) seseorang mampu bermain atau bersukan dengan baik dan juga menerima pelajaran serta pembelajaran dengan mudah dan lancar.

Ingatlah bahawa seseorang ahli sukan adalah satu anugerah daripada Allah SWT.

Bagi mereka yang berminat dalam sukan, ketahuilah potensi dan bakat anda berdasarkan pencapaian dalam permainan dan sukan yang diceburi, begitu juga jika anda dalam pelajaran.

ATLET OKU

Putrajaya