Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Selesaikan isu graduan terpaksa jadi kerani

ISU pengangguran dalam kalangan graduan berkait rapat dengan prestasi
ISU pengangguran dalam kalangan graduan berkait rapat dengan prestasi ekonomi semasa. GAMBAR HIASAN/UTUSAN

PADA 17 Ogos lalu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh telah mendedahkan sebanyak 54,103 graduan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini masih me­nganggur dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pe­ngajian berdasarkan Sistem Kajian Pengesanan Graduan pada 2016.

Lima bidang pengajian yang merekodkan bilangan graduan menganggur tertinggi pada tahun lepas adalah pentadbiran perniagaan dan perdagangan, sains gunaan, pengurusan sumber manusia, perakaunan serta sastera dan sains sosial.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, katanya, kementerian itu telah mengambil pelbagai langkah termasuk mengadakan latihan industri lebih panjang bagi memastikan graduan di IPT sentiasa kompetitif untuk bersaing dalam memenuhi kehendak pasaran.

Sebenarnya, isu pengangguran dalam kalangan graduan berkait rapat dengan prestasi ekonomi semasa. Dalam keadaan pertumbuhan ekonomi perlahan, kadar pengangguran dijangka lebih tinggi terutamanya bagi graduan program sains sosial dan sastera.

Untuk rekod, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2016 adalah sebanyak 4.2 peratus dan kadar itu lebih rendah berbanding lima peratus pada 2015.

Bagaimanapun, kadar pengangguran bukanlah petunjuk sempurna bagi mengukur satu lagi isu yang membelenggu graduan iaitu terpaksa bekerja dalam sektor yang tidak memerlukan kelulusan diploma dan ijazah.

Maklumat daripada bancian Penyiasatan Tenaga Buruh 2014 oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan sebanyak 24 peratus daripada buruh kategori pekerjaan perkeranian dan sokongan mempunyai diploma dan ijazah. Sebanyak 13 peratus daripada mereka adalah golongan belia berumur antara 20 hingga 29 tahun.

Strategi dan usaha untuk mengurangkan kadar ketidakpadanan pekerjaan dalam kalangan graduan perlu ditangani secara serius kerana perkara itu berkait rapat dengan isu sosioekonomi.

Ini kerana pertumbuhan ekonomi tidak menjamin kepada pengurangan ketidakpadanan pekerjaan. Misalnya, antara 2011 hingga 2014, pertumbuhan KDNK Malaysia adalah pada kadar purata 5.4 peratus setahun iaitu lebih tinggi berbanding 2016.

Bagaimanapun, buruh yang mempunyai diploma dan ijazah bagi kategori perkeranian dan sokongan telah meningkat sebanyak empat peratus daripada 20 peratus pada 2011 kepada 24 peratus pada 2014.

Ketidakpadanan pekerjaan bermakna gaji dan upah diterima adalah lebih rendah walaupun mereka mempunyai kelayakan akademik lebih tinggi.

Seterusnya, faktor gaji dan upah yang rendah akibat ketidakpadanan ini secara tidak langsung turut menjadi faktor penyumbang kepada bebanan kos sara hidup akibat daripada peningkatan perbelanjaan.

Faktor gaji dan upah rendah juga menjadi antara penyebab kepada ketidakpatuhan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

DR. MOHD. YUSOF SAARI

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain