Kekecohan tersebut menyebabkan beberapa kenderaan dibakar dan pejabat pemaju turut dipecahkan.

Sedar atau tidak sejak meletusnya kekecohan itu banyak pihak telah berkongsi dalam media sosial mengenai gambar dan lokasi terletaknya kuil yang dibina secara haram di kawasan tidak sesuai.

Mungkin pada mulanya hanya memacak sebatang besi tetapi lama-kelamaan semakin membesar dan membesar dengan pelbagai tambahan binaan lain.

Lebih memburukkan lagi keadaan kuil yang dibesarkan itu juga berkemungkinan menutup terus kawasan pejalan kaki.

Malah terdapat kuil yang dibina di kawasan sangat tidak bersesuaian dan membahayakan keselamatan orang ramai.

Jangan terkejut, terdapat kuil yang dibina betul-betul di simpang masuk hospital.

Selain itu, ada juga yang dibina di rizab jalan tanpa memikirkan risiko yang bakal terjadi kelak.

Keadaan itu amat membahayakan pengguna jalan raya yang memandu laju di lorong kecemasan jika terdapat sesuatu kes kecemasan.

Di tambah lagi jika ada upacara keagamaan, sudah tentu kawasan sekitarnya akan menjadi sesak.

Jika Kerajaan Negeri ataupun Pusat tidak mahu kejadian seperti di Subang Jaya berulang, pihak berkuasa tidak boleh hanya berdiam diri.

Kerajaan perlu menyelesaikan masalah itu dengan segera dan cekap.Jangan sampai suatu masa nanti ada pihak lain yang mengambil kesempatan dan bertindak sendiri di luar undang-undang.

Bukankah negara ini mempunyai undang-undang yang diguna pakai kepada semua orang tanpa mengira agama termasuk dalam aspek berkaitan pembinaan rumah ibadat?

Semua pihak perlu mematuhi undang-undang yang sama dan tiada mana-mana pihak boleh terkecuali.

DHIA HANI

Persatuan Pemikir Muda Johor