Sudah-sudahlah berpolitik dan bersikap seperti masih lagi pembangkang. Perbetulkan semua yang dikatakan sudah rosak dahulu kerana rakyat memerhati. Bila Ringgit Malaysia akan turun sehingga sama nilai dengan Dolar Amerika Syarikat (AS$1=RM1)?

Bila harga minyak akan turun sekurang-kurangnya setengah daripada harga sekarang? Kenapa suami kena potongan gaji dua peratus untuk isteri sedangkan Pakatan Harapan yang berjanji. Berapa jumlah kos pemberhentian pekerja (pampasan) yang perlu ditanggung?

Kenapa nak berunding dengan Singapura bayar RM500 juta batal projek Kereta api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) sedangkan ia adalah wang rakyat? Paling mustahak, bila semua tol-tol akan dihapuskan?

Ini janji-janji wakil rakyat Pakatan Harapan. Jangan nak buat pusingan U lagi. Tunaikanlah janji kerana rakyat semua sedang menunggu.

Jangan pula terikut-ikut kata-kata mereka yang mahu musnahkan hak Melayu, nanti timbul keganasan pula. Mulai sekarang, berusahalah dengan pakar dan majlis penasihat yang ditubuhkan.

Bekas Perdana Menteri tidak boleh menjawab dalam media kerana pelbagai sebab dan akta menyimpan rahsia.

Akhir kata, rakyat Malaysia berhentilah berpolitik baik dalam apa juga media dan teruskan hidup kerana jalan inilah yang kita pilih.

Malaysia baharu kurangkanlah fitnah kerana akan merosakkan diri sendiri dan negara. Berubahlah dan salam buat Dr. Mahathir sekeluarga dan tolong tengokkan apa yang Menteri Ekonomi buat.

ZULKAS

Ayer Baloi, Johor