SAYA bimbang dengan kemungkinan pelarian Rohingya terus membanjiri Malaysia susulan kemelut di Myanmar baru-baru ini sedangkan sudah terlalu ramai kumpulan pelarian tersebut bertebaran di seluruh negara.

Bukannya tiada hati perut tetapi ada hadnya bilangan pelarian yang kita boleh terima. Sekarang dari hulu Perlis hingga ke sempadan Singapura kita boleh jumpa orang Rohingya, tidak lama lagi mungkin lebih ramai pelarian daripada rakyat tempatan.

Sekalipun kerajaan mahu membantu golongan pelarian, tolong jangan sampai jejaskan kehidupan rakyat negara ini.

Dicampur warga Bangladesh, Indonesia, Nepal dan lelaki Afrika, saya sudah tidak berani biarkan isteri dan anak perempuan keluar bersendirian.

HAJI KAMAL BASIR

Langkawi, Kedah