Orang ramai merasa terseksa dan tidak selesa berada di rumah sendiri jika bunyi ekzos kuat kedengaran setiap masa.

Ada yang bunyi kuat hingga gegarkan bangunan menyebabkan anak kecil yang sedang tidur terjaga daripada lena dan tidak boleh lena disebabkan bunyi ekzos terlalu kuat.

Orang yang perlu bangun awal untuk bekerja juga tidak bertenaga menjalankan tugas kerana tidak cukup tidur.

Oleh itu, kami penduduk yang tinggal di Jalan Kuala Pegang Parit Panjang di Baling, Kedah memohon pihak berkuasa khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyekat penggunaan ekzos diubahsuai ini.

Kami merayu pihak JPJ ambil tindakan segera kerana perkara ini sudah lama dan sudah beberapa kali aduan dibuat dalam ruangan ini.

HAMBA ALLAH TERSEKSA

Baling, Kedah