Kejutan itu memang tidak di sangka berlaku pada PRU-14, kekalahan kepada Pakatan Harapan itu turut menyebabkan para penyokong BN berasa sedih tetapi akur menerima pilihan pengundi selain menjadi pembangkang di Parlimen dan DUN yang mereka kalah.

Pakatan Harapan yang mempunyai empat buah parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN). Sebahagian kecil kepemimpinan tertinggi PPBM dan PKR terdiri daripada bekas ahli UMNO tetapi pada 9 Mei lalu, perubahan telah berlaku apabila pengundi memilih Pakatan Harapan dan menggantikan BN untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Kemenangan Pakatan Harapan itu mencatatkan tiga sejarah bagi negara ini iaitu Perdana Menteri paling tua di dunia, rakyat Malaysia pertama menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali dan Timbalan Perdana Menteri wanita pertama.

ZACK

Perak