Biarpun undang-undang telah berkuat kuasa, namun terdapat segelintir perokok masih tidak menghiraukannya, mungkin sengaja mahu mencabar pihak yang berkenaan.

Orang awam yang tidak merokok mempersoalkan tindakan tersebut dan mahu pihak

ANTARA kawasan khas untuk perokok yang disediakan di luar negara.
ANTARA kawasan khas untuk perokok yang disediakan di luar negara. 

bertanggungjawab mula mengambil tindakan.

Ada yang bertanyakan bagaimana kaedah terbaik mahu menegur para perokok di khalayak ramai. Tidak kurang juga yang berani berkongsi gambar mereka yang merokok ke laman-laman sosial.

Bagi saya, aturan sedemikian bagus cuma pelaksanaannya masih kurang jelas dalam kalangan orang ramai. Jika di negara maju, mereka menyediakan kawasan merokok waima di tempat-tempat awam sekali pun.

Di Malaysia, kita telah pun menerapkan budaya itu namun terhad kepada kawasan tertutup seperti di restoran besar, pasar raya dan pejabat.

Saya mencadangkan agar disediakan juga zon atau kawasan khas bagi perokok di kawasan terbuka oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terutamanya di lokasi tumpuan orang ramai.

Sekiranya perlu, wujudkan bekas-bekas khas untuk mereka membuang puntung rokok. Sama seperti kita menyediakan tong sampah di kawasan awam.

Itu lebih spesifik dan mudah diikuti berbanding hanya mewujudkan aturan larangan merokok dalam lingkungan jarak tiga meter dari premis makanan secara umum.

TIDAK MEROKOK

Seri Kembangan