SUSULAN hukuman sebat ke atas dua wanita lesbian di Terengganu baru-baru ini, seluruh negara gempar dengan komen-komen mengutuk pihak mahkamah kerana ‘menyekat’ hak asasi manusia.

Yang peliknya, rata-rata yang komen itu adalah orang bukan Islam dengan disokong beberapa orang Islam liberal termasuk tokoh agama Kristian, Buddha dan Hindu dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Belum mengambil kira komen orang bukan Islam dalam media sosial yang sentap dan meroyan seolah-olah anak mereka yang dikenakan hukuman.

Harap semua orang bukan Islam faham, yang melakukan kesalahan adalah orang Islam, yang menghukum adalah orang Islam, hukuman berdasarkan fahaman dan perundangan Islam.

Di mana pula datangnya hak untuk orang bukan Islam komen mahu pun menghina agama orang lain sedangkan agama mereka tidak pernah diganggu-gugat walau sejauh mana sekali pun bercanggah dengan sebuah negara Islam?

Jika diharamkan judi atau arak, bolehlah orang Islam nak marah kerana ganggu ‘hak’ mereka tetapi kali ini tiada kena-mengena pun seperti mana kes tudung pramugari sebelum ini. Komen ‘kencang’ tapi langsung tidak terlibat dengan isu pokok.

Lebih baik orang bukan Islam jaga keluarga sendiri sebelum jaga tepi kain orang.

Lihat masalah zina anak muda bukan Islam dahulu, bukan menyorok di sebalik isu anak muda Islam mahu berkahwin.

Jika terus-menerus mengganggu perihal agama dan bangsa lain, jangan terkejut jika perihal agama dan bangsa sendiri juga ‘dicuit’ orang kelak.

LEBAI MALANG

Kuala Terengganu