Untuk itu saya malas mengulas panjang sebaliknya cuma mahu senaraikan kronologi beberapa kejadian yang semakin hari semakin membakar amarah Melayu.

Semuanya berlaku apabila seorang pemimpin kerajaan negeri menuduh ulama Islam sebagai ekstremis. Perjuangan pengganas di Sri Lanka disamakan pula dengan perjuangan pembebasan rakyat Palestin.

Ada juga pemimpin kerajaan yang mahu angkat bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi kementeriannya.

Seorang lagi pemimpin kerajaan mahu segera angkat Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Manakala program MyBrain pula ‘ditangguhkan’ sebab hutang negara tinggi.

Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 pula boleh dibantah.

Seorang menteri pula berkata orang India penduduk asal Tanah Melayu. Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor anjur forum ubah sejarah komunis.

Seorang ahli Parlimen dari Melaka tolak nama Tanah Melayu, guna Malaysia Land dalam Dewan Rakyat.

Mara pula diletakkan di bawah kuasa ahli politik. Kerakyatan hendak dibuka kepada warga asing yang ada ‘kebolehan tertentu’.

Raja-raja Melayu bebas dihina dalam media sosial tanpa sebarang tindakan oleh SKMM.

Hak Melayu dan kemuliaan Islam dipijak dalam ruangan komen portal-portal berita tanpa pemantauan atau tindakan.

Orang Melayu yang bangkit menentang, membantah, mempertikai atau menolak tuntutan melampau dilabel sebagai rasis.

Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong, Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dituduh pengkhianat bangsa sementara ada pemimpin DAP diangkat sebagai ‘hero’ dan Melayu liberal seperti Siti Zabedah Kasim kononnya‘suara’ mewakili Melayu Islam.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dituduh pelampau bangsa, Pas dituduh pelampau agama sementara Dong Zong dan Hindraf diangkat sebagai kumpulan ‘pejuang’?

Sudah cukup jelas kenapa orang Melayu semakin marah? Perhimpunan Gerakan Pembela Ummah tiga bulan dari sekarang pasti lebih besar memandangkan perhimpunan sebelum ini kurang hebahan kepada umum.

WARIS MELAYU

Seremban