Ketika ini, pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sedang mengambil langkah-langkah berikut:

  • Membuat pemantauan terhadap operator terbabit (bertanggungjawab membersih dan mengurus tandas yang disewa dari MPPD) secara berterusan agar masalah tidak berulang
  • Menambah papan tanda tunjuk arah ke bilik mandi dan tandas awam Pantai Saujana untuk kemudahan orang ramai

Selain itu, MPPD turut mengalu-alukan cadangan daripada PUAN ANA berkenaan isu menambah bilangan kubikel tandas serta penyediaan bilik mandi khas bagi mengatasi masalah.

Sehubungan itu, pihak majlis akan mengemukakan kertas kerja cadangan untuk perhatian Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan bagi memohon peruntukan membina tambahan bilik mandi di kawasan berkenaan.

POON AI PHIN

Bahagian Pengurusan Maklumat,

Jabatan Kerajaan Tempatan, Putrajaya