iGuru merakamkan penghargaan di atas kepedulian pihak kementerian untuk membantu SAR dan SAP yang merupakan salah satu institusi pendidikan swasta yang berperanan dalam pembangunan pendidikan negara.

iGuru berharap usaha ini dianggap sebagai langkah positif dalam perkembangan pendidikan yang inklusif dan unggul di dalam negara.

SAR dan SAP telah mewarnai sistem pendidikan negara ini sejak sebelum merdeka dan telah terbukti dalam menyumbang kepada pembangunan negara bangsa juga melahirkan tokoh-tokoh pejuang bangsa dan agama.

iGuru yakin dengan bantuan peruntukan ini dapat membantu meningkatkan prasarana fizikal sekolah dan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta profesionalisme guru-guru sekali gus melonjakkan kecemerlangan SAR dan SAP.

iGuru yakin dan percaya dengan peruntukan ini akan dapat mengarusperdanakan pendidikan Islam sebagai wadah pembangunan ummah dan negara.

MOHD. AZIZEE HASAN

Presiden iGuru