Pada dasarnya, sains menyentuh soal-soal prinsip dan hukum mengenai alam semula jadi yang dicipta oleh Allah SWT.

Secara lebih terperinci, sains bermaksud satu cabang pengajian berasaskan kepada kebenaran dan kemudian telah dijadikan sebagai satu fakta setelah kajian saintifik secara mendalam dibuat. Fakta-fakta itu disusun dan diklasifikasikan dengan sistematik.

Selain itu, sains juga berkaitan dengan kajian dan penyelidikan tentang alam. Sememangnya alam adalah sesuatu yang indah dan menyeronokkan untuk dikaji.

Justeru, pelajar tidak seharusnya takut untuk memilih aliran sains apabila berada di sekolah menengah dan peringkat universiti.

Percayalah bidang sains adalah menarik dan menyeronokkan.

T.S. LANANG

Kuala Lumpur