Ini jelas dilihat apabila ruang solat di kompleks beli-belah dipenuhi oleh umat Islam yang taat kepada perintah Allah.

Sehubungan itu saya memohon pihak berkuasa agama Islam bekerjasama dengan pemilik premis perniagaan supaya dapat mewujudkan ruang solat yang lebih selesa bagi menampung keperluan jemaah yang semakin bertambah.

Saya akui pemilik premis perniagaan memang ada menyediakan ruang solat tetapi ruangnya amat kecil seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja.

Jemaah terpaksa berhimpit-himpit dan berlaku kesesakan baik untuk ruang solat lelaki dan wanita kerana saiznya yang amat kecil.

Kadangkala kedudukannya pula tercerok, jauh dan sunyi di sudut-sudut bangunan dan ini amat menyulitkan lebih-lebih lagi untuk kaum wanita untuk ke ruang tersebut.

Mewujudkan ruang solat ini boleh mewujudkan situasi menang-menang antara pengunjung Islam dan pemilik premis perniagaan.

 

Pak Tua Denan

Kajang, Selangor