MERUJUK kepada saranan VE­TERAN dalam ruangan SMS MMS ANDA Utusan Malaysia bertarikh 4 April 2016 agar Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mengadakan slot khas pertandingan akhir Bintang RTM dari tahun 70-an sehingga kini bersempena sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran ke-70 RTM.

Terlebih dahulu pihak kami mengucapkan terima kasih atas sokongan tuan/puan terhadap rancangan yang disiarkan di RTM.

Terima kasih atas cadangan yang diberikan supaya mengadakan slot khas berkenaan. Cadangan tersebut akan dikaji dan dibuat pertimbangan oleh pihak siaran dan juga produksi.

JABATAN PENYIARAN MALAYSIA

Kuala Lumpur