Terlebih dahulu, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mengucapkan terima kasih atas teguran dikemukakan PENGIKUT SETIA RTM dari Pulau Pinang berkaitan mutu siaran Berita 7 pagi itu menerusi ruangan disediakan akhbar ini.

Untuk makluman, perkara tersebut telah disemak dan didapati masalah hanya berlaku di siaran Astro, dan tidak di pemancar terrestrial. Sehubungan itu, pihak RTM sedang berurusan dengan Astro bagi mengenal pasti dan mengatasi masalah berkaitan.

JABATAN PENYIARAN MALAYSIA

Kuala Lumpur