Haiwan berkenaan telah merosakkan tanaman dan pokok buah-buahan di Kampung Serigala Ulu, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Gangguan itu sering berlaku sekitar pukul 8 pagi dan antara pukul 7 hingga 8 malam.

Kami sangat bimbang untuk keluar rumah pada awal pagi dan lewat petang.

Bayangkan apa yang berlaku jika haiwan berkenaan menyerang bayi seperti yang pernah dilaporkan dalam akhbar-akhbar sebelum ini. Diharapkan dapat ditangkap bintang berkenaan dan dilepaskan semula ke dalam hutan simpan.

PELIHARA KUCING

Selangor