Ini berikutan syarikat berkenaan sering bertindak seperti ah long apabila pihak pembeli mempunyai tunggakan ansuran bulanan.

Ada kes tunggakan hanya berjumlah RM5,500 tetapi pihak syarikat telah mendapat perintah mahkamah bagi menyita kediaman pembeli.

Pembeli turut diugut ejen pe­ngutip hutang syarikat itu yang membuat panggilan hampir setiap hari mendesak tunggakan dibayar jika tidak mahu rumah disita.

Keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana tunggakan hanya melibatkan kadar bunga sedangkan harga sebenar barangan telah dibayar.

Apa salahnya pihak syarikat membenarkan pembeli memulangkan semua barang berkenaan jika menghadapi masalah kewangan.

ANTIPENYANGAK MODEN

Batu Pahat, Johor