E-Sukan ini boleh dikatakan satu usaha untuk mengubah corak pemikiran rakyat dalam memahami bahawa sukan bukan sahaja kena berlari atau bermain bola. E-Sukan dapat membawa revolusi sukan Malaysia ke arah era baharu.

Kebaikkan E-Sukan ini juga dapat menarik minat belia untuk mengetahui lebih mendalam mengenai acara ini kerana mereka juga sering menghabiskan waktu seharian bermain permainan video.

Malaysia juga merupakan antara enam negara terbesar di rantau Asia Tenggara yang mewakili 98 peratus peminat E-Sukan dunia. Bagi saya tidak salah kalau kita bantu belia yang berbakat ini untuk menjadikan E-Sukan sebagai satu kerjaya.

Mungkin ia menjadi persoalan kepada rakyat adakah dengan kewujudan E-Sukan akan meminggirkan sukan konvensional seperti olahraga, badminton, sepak takraw dan lain-lain.

Memetik kenyataan Syed Saddiq, beliau menyangkal persoalan ini kerana sukan fizikal akan tetap giat dijalankan namun dengan adanya E-Sukan, ia bakal menambahkan lagi aktiviti sukan yang bakal dipertandingkan di Malaysia.

NUR RAMIEZA ABDUL WAHID

Klang, Selangor