‘rangup’, kuah terlalu banyak dan isi ayam terlalu lembik kepada seorang peserta kelahiran Malaysia.

Nasi lemak ayam rendang yang dimasak peserta itu dikritik teruk seolah-olah hakim rancangan televisyen tersebut adalah pakar memasak rendang sedangkan chef selebriti, Gordon Ramsay sendiri mengakui sangat sukar memasak rendang tradisional.

Komen-komen hakim rancangan itu telah dibidas teruk netizen dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura yang mana rendang menjadi makanan ruji mereka.

Sebagai orang Melayu, saya merasakan komen hakim tersebut satu penghinaan dan perlu ditegur supaya tidak berulang.

Saya harap Wisma Putra dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dapat mengeluarkan kenyataan kepada penerbit serta hakim-hakim rancangan tersebut bagi menjelaskan apa itu ‘rendang’.

Jemput mereka merasa rendang sebenar di negara kita supaya mereka sedar kesilapan yang berlaku dan lebih berhati-hati sebelum memberi komen tentang makanan mahupun tradisi di negara lain.

PEMINAT MASTERCHEF
Klang, Selangor