Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Relevankah sambut 
Hari Guru?

SAUDARA PENGARANG,

SAYA sangat bersetuju bahawa pendidik adalah individu paling penting sebagai pembina negara bangsa, justeru Hari Guru diraikan bagi menghargai jasa mereka. Sebagai pendidik, mereka bertanggungjawab membentuk sahsiah anak-anak, namun bagaimana dengan kalangan guru yang bertindak di ‘luar batasan’ mereka?

Umum tahu terdapat viral kejadian guru menghukum 
pelajar dengan tindakan tidak sewajarnya dan perkara itu meresahkan masyarakat khususnya ibu bapa yang khuatir perkara itu akan berlaku ke atas anak-anak mereka.

Bagi saya, jika mahu membendung perkara itu dengan baik, pelaksanaan undang-undang mantap perlu diadakan selain keperluan melakukan perubahan sosial. Perubahan sosial perlu dimulakan dengan tidak mengadakan sambutan Hari Guru secara besar-besaran, memadai diganti dengan Hari Pendidik-Pelajar.

Jika direalisasikan, Hari Pendidik-Pelajar akan menjadi 
hari istimewa untuk guru dan pelajar menghargai dan 
menyokong hubungan mesra mereka secara terbuka. Saya yakin senario sebegini lebih ceria berbanding sambutan Hari Guru sedia ada.

Pada Hari Guru, murid dilihat bukan sahaja bimbang dan risau tentang kad ucapan yang perlu dibeli, malah kalangan mereka bersaing memberi hadiah terbaik untuk guru. Ini bukan perkembangan yang sihat.

Sebaliknya, Hari Pendidik-Pelajar diadakan kelak lebih praktikal kerana sebahagian pengisian program melibatkan sesi perbincangan dan soal jawab dengan guru-guru diyakini 
mampu menghasilkan beberapa outcome yang positif termasuk menjadikan sekolah mereka sebagai tempat yang terbaik dan bebas daripada masalah keganasan dan buli. Mungkin penulisan ini berbunyi negatif namun keterbukaan kita untuk 
melakukan perubahan adalah langkah terbaik.

AZIZI AHMAD

Segambut Luar, Kuala Lumpur

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain