Ada yang mahu mencari peluang pekerjaan dengan gaji lebih lumayan dan ada juga yang mahu berhijrah tetapi masih menunggu atau gagal mendapat kelulusan kerajaan negara tersebut.

Masuk sebagai ‘pelancong’ atau pelajar universiti, mereka akhirnya tinggal melebihi tempoh sehingga ada yang sanggup mengoyak pasport Malaysia sebagai simbol kesungguhan untuk menjadi rakyat negara berkenaan.

Namun, mengikut pengalaman saya belajar di Britain dahulu, ramai daripada mereka akhirnya kembali ke Malaysia, merayu bantuan untuk pulang atau mahu dikebumikan di negara ini.

Apa pun, biarkanlah mereka dengan keputusan sendiri dan tidak perlu kita menjadi hakim yang menjatuhkan hukuman. Lebih penting untuk kita yang tinggal di bumi bertuah ini menghargai kedaulatan, keamanan dan keharmonian sedia ada.

DR. KAM KB
Kota Bharu, Kelantan