Masalah tekanan boleh menyebabkan seseorang murid berasa tidak bersemangat ke sekolah dan mengambil barang terlarang. Hal ini boleh menyebabkan Malaysia akan tercorot dalam persaingan dunia pendidikan.

Punca tekanan yang dihadapi murid ialah terdapat segelintir guru yang terlalu menekankan prestasi dalam subjek yang diajarnya sehingga murid tersebut menjadi hilang fokus dan hilang minat untuk belajar.

Hal ini perlu diberikan perhatian kerana dasar Kementerian Pendidikan nginkan kegembiraan, keseronokan dan kemesraan semasa sesi pengajaran.

Selain itu, murid yang mempunyai masalah keluarga merupakan punca mereka mengalami tekanan.

Ibu bapa yang sering bertelagah memberi impak buruk kepada murid kerana mereka juga akan terpalit dengan masalah dihadapi hingga merasakan sudah tidak mendapat kasih sayang sewajarnya daripada keluarga.

Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah tekanan atau stres dalam kalangan murid.

Antaranya ialah murid tersebut perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bertauliah dan nasihat daripada guru kaunseling di sekolah.

Bersenam serta tidur yang cukup boleh menenangkan dan mengurangkan tekanan dihadapi.

Sebagai seorang murid, kita perlulah sentiasa positif agar dapat menghadapi tekanan dengan sebaik mungkin.

Ibu bapa juga memainkan peranan penting dengan memberikan sokongan dan semangat supaya murid akan lebih yakin dan mempunyai tempat untuk berkongsi masalah yang berlaku di sekolah.

AISYAH FAKHIRA 
MOHD. ROPI
PRS SKRPM