Adakah ia begitu penting bagi rakyat Johor atau sekadar hanya hendak menunjukkan bahawa kerajaan sekarang begitu teruja memajukan Johor?

Buatlah sesuatu yang berfaedah untuk rakyat Johor.

Sebenarnya rakyat Johor ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu pertama yang mengambil tahu perkembangan semasa dan tidak menyokong membabi buta.

Golongan kedua sekejap peduli sekejap sekejap tidak peduli, manakala golongan ketiga langsung tidak peduli dan mungkin tidak mengundi langsung dalam pilihan raya lalu.

Golongan ketiga ini yang paling ramai adalah orang Melayu. Bangkitlah rakyat Johor sila beri perhatian setiap apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang.

Jambatan Bengkok telah dibatalkan dalam era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaan terpaksa membayar ganti rugi melebihi RM100 juta.

Namun begitu, sebagai perhatian dengan pembangunan rakyat Johor maka wujudlah Wilayah Iskandar.

Sepanjang tempoh pentadbiran kerajaan terdahulu banyak pembangunan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan perkenaan Sultan Johor.

Setelah pentadbiran Pakatan Harapan mengambilalih, nampaknya mereka belum menunjukkan sebarang kemajuan di mana sehingga sekarang pelantikan ketua kampung pun belum dilaksanakan, pembangunan utara Johor belum ada perancangan jelas, malah bantuan sekolah Cina pula diberi keutamaan.

Untuk perhatian Menteri Besar Johor, rakyat memerlukan:

* MRT dari Johor masuk ke Singapura untuk kemudahan rakyat yang berkerja di Singapura berulang-alik setiap hari bukannya Jambatan Bengkok.

Bukan angan-angan hendak bawa balik anak-anak muda bekerja di Johor atau menyuruh mereka menerima gaji RM1,050 atau menambahkan pengangguran.

* Bangunkan atau perbaiki kemudahan hospital daerah dan klinik kesihatan setiap daerah dan desa di negeri Johor.

* Turap jalan-jalan kampung yang telah sekian lama dibiarkan tidak dibaiki dan buatlah jalan-jalan tar baharu dengan segera.

* Bangunkan pasar-pasar segar berdekatan pendaratan nelayan pantai bagi memudahkan mereka menjual hasil tangkapan.

* Hidupkan ekonomi daerah yang dianggap sebagai sleeping town seperti Segamat, Pontian dan beberapa daerah lagi supaya kehadiran pelancong dapat mengembangkan ekonomi setempat.

* Rumah-rumah yang amat diperlukan oleh rakyat dengan harga mampu milik bukan mampu lihat.

Banyak lagi perkara yang diperlukan rakyat tetapi semuanya belum dapat diberikan oleh kerajaan.

ZULKAS

Johor