Ia tidak menjaminkan apa-apa kepada mereka dan situasi ini harus dilalui sama ada mahu ataupun tidak.

Oleh itu, pengangguran juga telah menjadi salah satu kebimbangan pelajar dan graduan dek kerana berkait rapat dengan perubahan zaman dan ketidakstabilan ekonomi.

Apabila menyebut pengangguran, maksudnya seseorang itu tidak mempunyai pekerjaan atau penyusutan peluang pekerjaan.

Mungkin pada hakikatnya belia itu sendiri kurang kelayakan atau tidak berkemahiran.

Hal-hal seperti ini tidak boleh lagi dipandang enteng. Ini kerana ia melibatkan kemajuan negara dan kehidupan generasi yang akan datang.

Oleh itu, kerajaan sebelum ini telah membuka satu peluang keusahawanan kepada pelajar-pelajar dengan menawarkan pelajar mendapatkan bantuan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ia adalah satu platform yang menarik untuk diterokai dan dijadikan suatu kerjaya.

Ia adalah satu pilihan untuk pelajar mahupun graduan universiti mencuba bidang keusahawanan. Tetapi, pernahkah terfikir mengapa platform keusahawanan ini dibuka?

Pasti ia suatu peluang yang sangat baik kerana membantu dari segi ekonomi negara.

Kita perlu melahirkan graduan yang berkebolehan dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan walaupun bukan daripada bidang perniagaan malah platform ini dapat mencungkil bakat dan kemahiran terpendam.

Seperti mana kita ketahui, sudah ramai telah terlibat dengan bidang keusahawanan ini secara sambilan ataupun sepenuh masa.

Kebanyakannya pelajar yang menjalankan perniagaan seperti menjual tudung, kek, produk kesihatan dan sebagainya.

Platform ini adalah salah satu peluang yang menarik bagi membantu pelajar mahupun graduan berdikari dalam bidang pekerjaan atau keusahawanan.

NUR ALWANI ABDUL RAZAK