Pihak kerajaan perlu mengambil serius terhadap pendedahan ini memandangkan isu tersebut berkait rapat dengan kualiti perkhidmatan awam.

Walaupun akan ada yang menganggapnya sebagai kes terpencil namun kerajaan perlu juga melakukan sesuatu untuk pulihkan mereka.

Antaranya mengenal pasti kakitangan awam terlibat dan kemudian diberikan sesi kaunseling khas sama ada oleh guru-guru agama mahupun pakar-pakar kaunseling. Jangan biarkan isu ini terus berlarutan. Kelak negara juga yang akan rugi.

BEKAS ASKAR

Seremban