Pengadu mencadangkan supaya pihak berwajib mengecat semula rumah flat kawasan Sentul dan Setapak yang boleh dilihat di sepanjang Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE).

Untuk makluman, di awal 2017, DBKL telah melaksanakan program mengecat semula bangunan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliaan kami dengan mengambil kira keadaan warna bangunan yang sudah pudar dan kusam.

Program itu telah siap sepenuhnya pada awal 2018. Walau bagaimanapun, program baharu untuk mengecat semula bangunan perumahan seliaan DBKL dihentikan sementara waktu sehingga keputusan baharu diperoleh.

KHAIRUL AZMIR AHMAD

Pengarah Jabatan Perancangan

Korporat DBKL